Diploma Lanjutan – Pengurusan Pejabat & IT

Diploma Lanjutan dalam Pengurusan Pejabat dan Teknologi Maklumat menjadikan para pelajar dengan perkembangan ke dalam pekerjaan. Ini merangkumi pengurusan am pejabat, penyeliaan atau peranan pengurusan di dalam sesebuah organisasi kecik dan sederhana atau lebih kepada jawatan khas di dalam perniagaan yang lebih besar. Ia juga memberi peluang untuk melanjutkan pelajaran termasuklah program ijazah di universiti tempatan dan luar negara.

Program ini juga melengkapkan para pelajar dengan kunci pengurusan pejabat dalam persekitaran perniagaaan gaya moden. Para pelajar akan mengembangkan lagi kemahiran Teknologi Maklumat dalam pemprosesan data, pangkalan data dan aplikasi untuk pembentangan serta penggunaan secara praktikal terhadap media sosial dan aplikasi web untu sesebuah perniagaan. Kemahiran ‘interpersonal’ dan pengalaman dalam kajian, merancang dan mengatur kerja juga diterapkan termasuklah cara menyampaikan pembentangan secara efektif kepada penonton dan pendengar. Selain itu, pengetahuan dan aplikasi dari segi isu etika dan undang-undang di tempat kerja dan menguruskan info serta data juga akan dapat ditingkatkan melalui program ini.

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM dengan 3 Kredit dalam sebarang subjek atau kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
  • Lepasan SPM digalakkan untuk memohon
  • Business Administrator
  • Office Manager
  • System Administrator
  • Administrative Secretary
  • Administrative Support Manager
  • Client Relation Manager
  • Facility Manager
  • Program Manager
  • Record Management Analyst
  • Administrative Specialist
  • IT Support Executive
  • Network System Analyst

*Diploma Berlandaskan Industri fokus kepada pembelajaran secara praktikal.

*Diploma ini mengambil masa selama 3 tahun.

*’Industrial Training’ antara komponen yang termasuk dalam program 3 tahun ini.

*Ini melengkapkan pelajar TTC dengan pendedahan kerja yang menjadikan mereka sangat dikehendaki untuk bekerja dalam industri.

*TTC memberi jaminan Penempatan Kerja kepada para Graduan Kami.

*TTC juga menawarkan Pengiktirafan Antarabangsa.

Ciri-Ciri Diploma

  Jangka Masa     3 Tahun

  Graduan150