Hubungi Sekarang

Diploma Logistik

Diploma Logistik

Perkhidmatan Logistik memainkan peranan yang paling penting bagi pergerakan barang import dan eksport. Ia adalah perkhidmatan yang menjamin sesuatu barangan atau produk sampai dari satu destinasi ke destinasi yang lain dalam keadaan yang baik dan tepat pada masa dan tempat yang ditetapkan. Dalam kursus ini, pelajar akan dilatih untuk berunding secara baik dalam pergerakan kargo antarabangsa disepanjang laluan bagi memastikan kepantasan dan kos berkaitan. Perkhidmatan logistik adalah salah satu industri yang memberikan lebih banyak jenis peluang pekerjaan untuk pelajar. Perkhidmatan logistik mempunyai pergantungan untuk semua peringkat dari bermulanya pencarian bahan-bahan mentah sehinggalah barangan siap dan memastikan produk siap sampai kepada semua destinasi diseluruh dunia.

Kursus perkhidmatan Logistik ini sesuai bagi pelajar yang suka akan cabaran dan kerjaya yang memerlukan kepakaran dalam penyelesaian masalah.

    – Warganegara Malaysia
    – Lulus 3 subjek SPM
    – Kedatangan sekolah memuaskan
    – Pelajar PT3 digalakkan untuk memohon
    • Cargo Operations Specialist
    • Planners
    • Animation
    • International Logistics Manager
    • Inventory Control Manager
    • Logistics Software Manager
    • Purchasing Manager
    • Warehouse Operations Manager
    • Rehabilitation Technologist
    • Entrepreneur