Tajaan & Pembiayaan Pinjaman Kerajaan

Pembiayaan Pinjaman Kerajaan

Kerajaan Malaysia amat memberi galakan di dalam peningkatan tenaga kerja berkemahiran di negara ini. Kerajaan telah menyediakan pinjaman pengajian kepada para pelajar untuk membantu memudahkan pengajian mereka. Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), telah menyediakan kemudahan pinjaman selama tiga (3) tahun pada semua pelajar diploma.

Semua pelajar Malaysia adalah layak untuk memohon pinjaman ini bagi meneruskan pengajian mereka di TTC.
Proses pinjaman dikendalikan oleh TTC bagi pihak pelajar untuk membolehkan mereka memberi tumpuan hanya pada pembelajaran mereka.

Terma & Syarat
  • Warganegara Malaysia berumur diantara 15 ke 45 tahun.
  • Menjalani kursus DIPLOMA JPK (tahap 1 hingga 4).
  • Pendapatan isirumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.
Jumlah Pinjaman
  • Jumlah pinjaman berbeza-beza dari serendah RM9,000.00 hingga RM24,000.00 bergantung kepada program dan tahap latihan yang mana termasuk
  • Yuran kursus.
  • Elaun Sara Hidup bulanan sebanyak RM400.00 semasa menjalani latihan dan juga semasa menjalani Latihan Industri.
  • Bayaran Premium Insurans.

Bayaran Balik Pinjaman
  • Bayaran balik pinjaman bermula enam (6) bulan dari tarikh tamat pengajian.
  • Tempoh bayaran balik pinjaman adalah antara satu (1) hingga sepuluh (10) tahun.
  • CARA MUDAH BAYARAN BALIK TTC

    Pelajar yang berkelayakan dan mendaftar di TTC akan diberikan pilihan Pembayaran secara MUDAH yang mana yuran kursus mereka dibayar secara bulanan dan TIADA FAEDAH dikenakan. Yuran kursus hendaklah dibayar sebelum 10 haribulan, setiap bulan.

Tajaan

TTC memberikan tajaan berjumlah lebih daripada RM2 juta kepada pelajar-pelajar Malaysia daripada Kerajaan dan juga daripada Industri Malaysia setiap tahun.
TTC telah dan masih mengendalikan Program Perantisan yang dibiayai oleh Human Resource Development Fund – (HRDF)
lebih daripada tujuh (7) tahun.

HRDF memberikan Biasiswa kepada pelajar yang dipilih oleh TTC bagi Program-Program Perantisan ini.
Ramai pelajar yang telah menikmati manfaat Biasiswa ini yang mana ia membiaya segala kos pengajian, elaun bulanan dan latihan industri. Pelajar-pelajar ini juga dijamin dengan Kontrak Pekerjaan di akhir program mereka. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila baca di bahagian Perantisan TTC.

Biasiswa Industri

    Permintaan yang tinggi terhadap pekerja yang berkemahiran dan kekurangan sumbernya di Malaysia membawa kepada kewujudan Biasiswa yang baru iaitu Biasiswa Industri.

    Purata dalam setahun, beratus-ratus pelajar TTC menerima biasiswa ini daripada rangkaian RKI kami untuk menjalani Program Perantisan di TTC. Pelajar-pelajar ini diberikan biasiswa bagi membiayai pengajian mereka, elaun bulanan dan jaminan penempatan kerja pada akhir program mereka di syarikat-syarikat yang telah menaja pengajian mereka.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila baca di Bahagian Perantisan di TTC.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Biasiswa yang disediakan HUBUNGI KAMI sekarang.

Hubungi Kami